SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PINANG TUNGGAL, 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH. TELEFON:044314684 FAKS:044319753 EMAIL: smkptunggal.ppdkmy@gmail.com

Contact us




Idea penubuhan SMKPT telah dicetuskan oleh satu jawatankuasa bertindak yang terdiri daripada Ahli Parlimen Sungai Petani iaitu Allahyarham Tuan Hj Ibrahim bin Mustaffa dan wakil penduduk Mukim Pinang Tunggal.

Pembinaan sekolah telah dimulakan pada 01.01.1998 dan dijangka siap pada 31.12.2000. Bagaimanapun pihak kontraktor tidak dapat menyiapkan sekolah ini mengikut jadual. Oleh itu, pihak kementerian mengarahkan agar operasi SMKPT dimulakan pada 01.01.2001 dengan menumpang di SK Pinang Tunggal.

Pengambilan pelajar pertama berjumlah 180 orang ( 5 kelas Tingkatan 1 ) dengan 15 orang guru dan 7 orang kakitangan sokongan. Tuan Hj. Zakri bin Hj Talib dilantik sebagai Pengetua pertama, dibantu oleh Penolong Kanan Tuan Hj. Zakarial Ansar bin Hj Abd Jabar, Penolong Kanan HEM Tuan Hj Zulkifli bin Hj Abd Kadir dan Penolong Kanan Kokurikulum En Mohd Zahir bin Nasir.

Pada 22 September 2002, SMKPT diarahkan berpindah ke bangunan baru dengan jumlah pelajar seramai 324 orang, guru 27 orang dan staf sokongan seramai 7 orang.

Bangunan sekolah sendiri ini terletak kira-kira 10 km dari bandar Sungai Petani dan berdekatan dengan Lebuhraya Utara-Selatan. Sekolah yang lengkap dengan semua kemudahan pengajaran dan pembelajaran seperti makmal sains, pusat sumber, bilik guru, dewan terbuka, bilik gerakan dan makmal komputer ternyata daapat memberi keselesaan kepada semua warga SMKPT.

Antara kejayaan cemerlang sekolah ini yang pernah dicapai ialah :
1. Berada dalam senarai 10 sekolah terbaik PMR KMY pada tahun 2003
2. Dalam bidang kokurikulum, pasukan olahraga sekolah ini berjaya menduduki tempat ke 9 daripada 39 buah sekolah KMY, menjadi pasukan terbaik olahraga perempuan bawah 15 tahun pada tahun 2003
3. Pasukan Sofbol Perempuan bawah 15 tahun menjadi Johan KMY dan 4 orang pemainnya terpilih mewakili negeri Kedah dan 7 orang mewakili Daerah pada tahun 2006.

Barisan Pengetua yang pernah berkhidmat di sekolah ini sejak mula ditubuhkan hingga kini ialah :
1. Tuan Haji Zakri Bin Hj. Talib : 1 Januari 2001 hingga 28 Ogos 2005



2. Encik Azizi Bin Hashim : 1 September 2005 hingga 3 November 2007 


3. Puan Ishah Binti Saidin : 1 Disember 2007 hingga 15 Januari 2010 



4. Tuan Haji Abdul Harith Bin Abdul Rahim : 16 Februari 2010 hingga 15 Februari 2012



5. En Ismail Bin Abdullah : 16 Februari 2012 hingga 6 Ogos 2013




6. Puan Che Rasnah Binti Ali : 7 Ogos 2013 hingga 25 September 2020






7. ZAINUDDIN BIN ABDUL MANAN : 15 Oktober 2020-



Anak kelahiran Pontian, Johor. Mendapat pendidikan asas perguruan di MPT Kuala Lumpur pada tahun 1991. Penempatan pertama mengajar di SM Vokasional Johor Bahru pada tahun 1991 hingga 1995. Menyambung pengajian di UTM Skudai, Johor Bahru 1995-1998 dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Penempatan kedua di SMK Simpang Kuala Kedah  selama 25 tahun  (1995-2020). Bertukar sekolah ke SMK Darulaman, Alor Setar, Kedah sebagai Penolong Kanan Pentadbiran pada Mac 2020 dan sekarang ditempatkan di SMK Pinang Tunggal, Sungai Petani sebagai Pengetua bermula pada 15 Oktober 2020 sehingga sekarang.


 

1 ulasan: